Khusus Untuk WANITA Ikut Cara Ini Jika Mau Pastikan Faraj Dan Rahim Supaya Sentiasa Sehat. Wanita Wajib Baca Ini..!!
Loading...
Ibu-ibu wajib baca tip ini jika mahu memastikan rahim dan
faraj dalam keadaan sihat sepanjang usia. Ini juga salah satu cara bagi memastikan
kelancaran dan keharmonian dalam hubungan suami isteri. Penampilan tidak sekadar
dilihat dari segi luaran semata-mata.
Sebaliknya jika cantik dalam maka cantiklah luarnya. Yang penting,
penjagan kesihatan dan kecantikan perlu seiring. Nah, beberapa kaedah yang boleh
membantu anda menjaga rahim dan faraj supaya sentiasa sihat dan bebas dari sebarang
masalah.
1. Mandi serum
Adalah mandi herbal. Biasanya mandian ini dilakukan oleh
wanita dalam pantang. Tapi bagi yang bukan dalam pantang pun digalakkan untuk
buat. Lebih lagi bagi yang jenis banyak angin kuss kuss tu.
Maka daun-daun yang terpilih akan dikutip dan direbus untuk
dibuat mandian. Antara daunnya adalah:
- Daun pandan
- Daun limau purut
- Daun serai wangi
- Daun mengkudu
- Daun kunyit
- Halia
Selain bertujuan untuk buang angin khasiat dari rebusan daun
tersebut mampu melancarkan perjalanan darah serta memberi khasiat pada kulit bersinar.
Mandi serum paling mudah dilakukan dan tidak memerlukan belanja
yang banyak kerana bahan yang digunakan boleh diperoleh daripada dapur anda sendiri
iaitu halia, halba, kunyit dan pandan. Nak tau best atau tidak? Cuba dan
rasakannya sendiri.
2. Bertangas
Tidak ramai yang amalkan. Mungkin merasakan aktiviti tangas
ni agak leceh. Sebenarnya senang sahaja, wapkan saja faraj anda dengan wap dari
bahan tangas selama 20-30 minit.
Tangas ada dua. Tangas kering dan tangas basah. Tangas basah
sesuai bagi yang mengalami masalah faraj kering dan sesuai juga bagi wanita
yang pre monopos. Caranya adalah dengan merebus herba tangas dan wap rebusan di
halakan pada faraj.
Tangas kering. Perlu ada batu tungku. Herba tangas yang
dihancurkan diletakkan di atas batu tungku yang telah dipanaskan lalu wap dari
batu tungku itu perlu di halakan pada faraj.
Jangan tak tahu. Ini adalah amalan orang dulu-dulu untuk mendapatkan
keadaan faraj yang bersifat ummphh. Segala toksin akan keluar dari faraj kita melalui
peluh yang keluar ketika proses bertangas.
- Bahan paling simple untuk tangas basah adalah sirih+ manjakani
- Tangas kering pula manjakani+ kunyit+halia+ halba+ perahan limau
Alaa..barang yang ada di dapur je kan?
3. Rendaman faraj.
Maksudnya faraj perlu direndam dalam air rebusan herba.
Antara bahannya adalah garam bukit+sirih+ manjakani.
Tunggu air tu suam. Jangan direndam pula faraj tu masa air tengah
berasap. Lain pula jadi karang. Rendaman faraj dan tangas ni sesuai bagi wanita
yang inginkan kebebasan dari masalah keputihan serta boleh merawat masalah
buasir. Untuk mendapatkan aset yang bagus digalakkan untuk melakukan kedua
aktiviti ini.
4. Meruang.
Bagi saya ini kalau tidak buat memang menempah masalah.
Umpama longkang yang tak dibersihkan. Akan tersumbat. Begitu jugalah keadaan
dalam lubang faraj kita yang tidak pernah meruang. Sisa air mani dan sisa
haid/keputihan akan menempel di dinding faraj. Lama-lama timbul lah lendir yang
berbau dan menyebabkan kegatalan.
Meruang ni adalah aktiviti membersihkan lubang faraj menggunakan
jari telunjuk yang bersih dan berkuku tumpul. Banyak kebaikan dari meruang ni.
Antaranya untuk mengetahui sama ada rahim jatuh atau tidak, faraj grip atau
tidak, sudah boleh mandi wajib ke belum dan sebagainya.
Ini sebenarnya adalah antara cara untuk mendapatkan keadaan
faraj dan rahim yang sihat secara luaran. InsyaAllah. Antara rajin atau tidak
sahaja, Antara mahu atau tidak sahaja. Tiada siapa memaksa,nak lebih usaha perlu
lebih.
Sumber : vemale shares
Loading...

0 Response to "Khusus Untuk WANITA Ikut Cara Ini Jika Mau Pastikan Faraj Dan Rahim Supaya Sentiasa Sehat. Wanita Wajib Baca Ini..!!"
Posting Komentar